Bahan-bahan ( 2 orang ):
- * UTK PASTE *
- 200 gm udang
- 250ml air
- 4 ulas bawang putih di ketuk
- 6 sudu sos tiram
- 3 sudu kicap pekat
- 3 sudu kicap manis
- 2 pati ikan bilis / pati udang
- 2 sudu garam (kalau sos tiram masin kurangkan 1sudu)
- 1 sudu gula
- * UTK MEE *
- 300 gm kuey teow
- 1 sudu cili boh
- kerang
- sedikit kucai & taugeh
- 2 biji telur
Cara penyediaan:
- UTK PASTE- Rebus udang dengan air. Bila udang hampir masak, angkat udang dan ditoskan airnya. Air rebusan jangan buang.
- Campurkan semua bahan untuk paste dengan air rebusan udang tadi, reneh hingga menjadi paste yang agak pekat. Matikan api biarkan paste sejuk dan bolehlah simpan dalam peti sejuk.
- UTK MEE- Tumis lada boh hingga garing. Masukkan dalam 4 sudu paste tadi. Masukkan udang yang telah direbus tadi dan kerang. Biasanya char kway teow agak berkuah. Dengan itu letak sikit air dalam 1/2 cawan.
- Air didih masukkan kway teow, kucai, taugeh dan kacau rata. Pecahkan telur, kacau dan bolehlah diangkat. Proses memasak char kway teow ini dalam 3-4 min sahaja, pastikan api kuat semasa memasak.
HARGA SEPINGAN : RM 4.00
No comments:
Post a Comment