Saturday, 18 January 2014

U17/51 Kameruka Street 
BrisbaneQLD 4116

Malaysia Makanan Restaurant

MURUKU






Resipi Murukku 
Bahan-bahan:   
3 biji telur, dipukul sedikit
600 g tepung kacang dal
250-300 ml air + 1 camt garam
240 g tepung beras
2 cawan serbuk cili
1 cawan serbuk jintan putih
1 1/2 cawan serbuk jintan manis
160 g marjerin
minyak untuk menggoreng
3-4 pelepah daun kari

Cara penyediaan:
1.Satukan tepung dal dengan air bergaram. Masukkan telur, uli rata. Campurkan dengan tepung beras, serbuk cili, serbuk jintan putih dan jintan manis. 
2.Bubuh marjerin dan uli menjadi doh yang lembut. Masukkan sedikit ke dalam acuan murukku dan picitkan ke atas sehelai daun pisang yg disapu minyak. 
3.Anda boleh juga terus memicitnya ke dalam kuali (dengan minyak panas). Goreng hingga separuh masak, campurkan beberapa helai daun kari dan goreng lagi hingga keemasan.
4.Angkat dan sejatkan minyaknya. Bila sejuk, simpan di dalam bekas kedap udara. 




  Murukku juga mempunyai nama-nama lain. Nama lain murukku ialah chakli dan chakri.Makanan tradisional ini juga berasal dari negara India.Bahan utama murukku ialah urad dan tepung beras.Murukku boleh didapati di mana-mana sahaja dan dihidangkan sebagai makanan ringan.Murukku amat lazat dan senang untuk disediakan.

  Murukku dapat dibuat dengan pelbagai perasa seperti  cili,asafoetida,ajawain dan cumin.Semua orang daripada pelbagai kaum menikmati makanan ini tidak kira umur.Rakyat United Kingdom merujuk murukku sebagai chakri di negara tersebut. 


HARGA SEBUNGKUS : RM 2.50
SEBUNGKUS ADA 10 KEPING



TOSAI




Resipi Tosai         
Bahan-bahan ( untuk 10 keping tosai ):

  • 2 cawan beras -rendam 8 jam
  • 1 cawan aluthu - rendam 8 jam
  • 1 kepal nasi
  • sedikit garam
  • minyak masak
  • 1/2 labu bawang besar
  •                         
  • Cara penyediaan:
  1. Kisar semua bahan dengan pengisar sehingga halus. Masukkan sedikit air semasa mengisar. Air agak-agak padan dengan bahan-bahan yang hendak di kisar. Kadar kecairan adunan seperti apam tapai.
  2. Masukkan garam dan kacau rata.
  3. Peram adunan kira-kira 8 jam supaya adunan naik.
  4. Culup bawang dengan minyak dan sapu atas kuali rata.
  5. Kacau adunan tadi. Ambil lebih kurang 1 cawan atau 1 senduk adunan dan ratakan atas kuali anda. Masak dengan api perlahan atau sederhana.
    
   Tosai ini mempunyai banyak nama lain. Tosai juga dikenali sebagai dosa, dosay, dose, dosai, dhosha, thosai ataupun chakuli.Tosai juga terdiri daripada pelbagai jenis seperti tosai telur, tosai cili, tosai bawang dan sebagainya. Makanan tradisional ini sering dimakan oleh rakyat Malaysia terutamanya kaum india.Tosai boleh didapati di mana-mana gerai atau kedai mamak dan juga di restoran india.  Makanan tradisional ini berasal dari India.Tosai dimakan sebagai sarapan pagi atau makan malam.Tosai amat kaya dengan karbohidrat dan protein.

  Tosai dimakan dengan pelbagai jenis lauk sampingan. Contohnya,sambar,sambal dari buah-buahan,acar india,kari ayam atau daging kambing dan lain-lain. Di dalam tosai,ia diisi dengan kentang dan bawang yang telah di goreng sehingga ranggup.


HARGA SEKEPING TOSEY : RM 1.20




CHAR KWAY TEOW

CHAR KWAY TEOW


Cara penyediaan:

  1. UTK PASTE- Rebus udang dengan air. Bila udang hampir masak, angkat udang dan ditoskan airnya. Air rebusan jangan buang.
  2. Campurkan semua bahan untuk paste dengan air rebusan udang tadi, reneh hingga menjadi paste yang agak pekat. Matikan api biarkan paste sejuk dan bolehlah simpan dalam peti sejuk.
  3. UTK MEE- Tumis lada boh hingga garing. Masukkan dalam 4 sudu paste tadi. Masukkan udang yang telah direbus tadi dan kerang. Biasanya char kway teow agak berkuah. Dengan itu letak sikit air dalam 1/2 cawan.
  4. Air didih masukkan kway teow, kucai, taugeh dan kacau rata. Pecahkan telur, kacau dan bolehlah diangkat. Proses memasak char kway teow ini dalam 3-4 min sahaja, pastikan api kuat semasa memasak.
   Char kway teow merupakan hidangan mi yang paling terkenal di Malaysia.Ia digoreng diatas api yang kuat dan panas dengan kicap,sos cili,telur,udang,kerang,taugeh dan kucai Cina. Bagi kaum Cina, char kway teow mestilah digoreng dengan lemak daging untuk memastikan kewangian makanan tersebut.Char kway teow membekalkan nutrien dan tenaga yang mencukupi kepada seseorang individu.Makanan tradisional ini amat murah dan harganya berpatutan. Makanan ini juga boleh didapati di mana-mana restoran cina ataupun di pasar malam.   Char kway teow yang paling terkenal di Malaysia ialah Penang Char Kway Teow. Semua orang dari pelbagai tempat sering mengunjungi Penang untuk merasai keenakan dan kelazatan makanan tradisional ini.Char kway teow juga amat terkenal di negara lain. Contohnya, negara Brunei,Singapura dan Indonesia. Char kway teow ialah makanan tradisional yang paling terkenal dalam kalangan kaum Cina dan disukai orang ramai.


HARGA SEPINGAN : RM 4.00


NASI LEMAK





  • Resipi Nasi Lemak 
  • Bahan untuk nasi:
  • 2 cawan beras
  • 1 cawan santan dan 1 cawan air (guna 1/2 cawan santan pekat dan 1 1/2 cawan air)
  • 1 helai daun pandan - disimpul
  • 3 hirisan halia
  • secubit garam
  • Bahan untuk sambal:
  • 6 sudu besar cili kering mesin
  • 4 ulas bawang merah -ditumbuk
  • 2 ulas bawang putih -ditumbuk
  • 1 biji bawang besar -dihiris
  •  segenggam ikan bilis (dibasuh, separuh darinya ditumbuk)
  • sedikit air asam jawa
  • sedikit belacan (jika suka)
  • garam dan gula
  • Bahan sampingan lain:
  • Ikan bilis goreng, telur rebus dan timun.
  • Cara penyediaan:
  1. Campur semua bahan untuk nasi dan masak seperti nasi biasa.
  2. Tumis bawang besar, masukkan bawang-bawang yang ditumbuk, cili mesin, belacan dan ikan bilis yang ditumbuk..hingga sedikit garing dan pecah minyak.
  3. Masukkan air asam dan separuh lagi ikan bilis yg sudah dibersihkan tadi.
  4. Masukkan garam dan gula. Masak sehingga agak pekat.
    Nasi lemak merupakan makanan kegemaran bagi orang Malaysia dan Singapura terutamanya sebagai sarapan pagi. Nasi lemak merujuk kepada nasi yang dimasak dengan menggunakan santan kelapa, bagi menambah rasa lemaknya. Kadangkala daun pandan dimasukkan semasa nasi lemak dimasak bagi menambahkan aromanya.

  Kaum melayu makan nasi lemak dengan telur kukus,timun,ikan bilis goreng dan sambal.Tetapi kini pelbagai hidangan disajikan bersama nasi lemak seperti ayam,daging,sotong,udang,limpa dan hati lembu.

  Kaum cina dan india makan nasi lemak dengan berbagai jenis hidangan.Tiap-tiap kaum memakan nasi lemak dengan cara pemakanan dan hidangan yang berbeza. Ini menunjukkan keistimewaan dan keunikkan makanan tradisional ini.Makanan ini boleh didapati di mana-mana sahaja dari warung,kedai mamak ataupun di restoran.


HARGA SEBUNGKUS NASI LEMAK : RM 1.00


http://makanansedapmalaysia.blogspot.com/